Khamis, 23 September 2010

Kelas Kayak Di Tasik Shah Alam.

Assalammualikum..

Pada 18 Sept. yang lalu telah berlansung kelas kayak bagi subjek Rekreasi Luar kelas E-PJJ (FSR UITM) best ... maklumlah dah lama x berkayak.... pagi-pagi lagi kami dah berkumpul di taman tasik shah alam belakang taman tema wet world... walaupun dalam minggu raya ramai gak orang dah start jogging di taman tersebut... bagus lah menjaga kesihatan..... rakan-rakan sekelas pun dah tidak sabar-sabar untuk turun ke air... setelah mendengar taklimat serta teori anatomi kayak, teknik rescue, teknik mengendalikan kayak dan isyarat kayak oleh sifu kami En. Hisyam Che Mat kami pun bersedia untuk melakukan aktiviti di air. pertama sekali kami dikehendaki untuk memakai jaket keselamatan ... kemudian memeriksa peralatan kayak seperti paddle dan kayak supaya dalam keadaan baik (Safety First). barulah kami turun ke air... Aktiviti pertama adalah membuat latihan rescue..atau menyelamat jika kayak anda terbalik.... bagaimana menyelamat sendiri...menyelamat dengan teknik H menyelamat dengan teknik t dan sebagainya. kemudian kami membuat rafting serta mendengar taklimat dari sifu, seterusnya kami membuat mini xpdc... pusing tasik shah alam je.. hee.. he..... sambil menikmati keindahan dan panorama tasik tersebut... apapun ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan..... mana tak nya last kayak masa bujang dulu... sekarang anak 3 .... apapun masih boleh lagi menghabiskan mini xpdc tersebut.... syabas semua...

Tiada ulasan: