Khamis, 23 September 2010

Salam Idulfitri

assalammualaikum...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari raya dan maaf zahir dan Batin. Sekarang kita masih dalam bulan syawal jadi 'mood' raya masih ada tetapi apa yang perlu diingatkan jagalah kesihatan dan pemakanan maklumlah musim raya ni macam-macam ada.... sedapppppp. Tahun ni saya beraya di kampung halaman saya di perak bersama isteri yang tercinta dan anak2 yang dikasihi.... raya tahun ini bertambah meriah dari tahun-tahun yang lepas .. mana tak nya anak saya yang sulung dah nak masuk 5 tahun. dia dah tahu keseronokan beraya ..... sepupu dia pun dah besar-besar jadi sibuk la mereka beraya di rumah sedara mara dikampung....dapat duit raya dan sebagainya.... teringat lak masa kecik-kecik dulu.... apa pun Alhamdulillah saya masih dapat beraya bersama ayah dan ibu saya, dapat cium tangan mereka dan peluk mereka dipagi raya yang paling penting dapat makan masakan ibu.... heee heee... raya ketiga saya bertolak ke kampung Isteri tercinta di neri Perlis Indera Kayangan nun jauh di utara semenanjung... walaupun isteri saya sudah tidak mempunyai ibu bapa kami tetap akan pulang ke kampung halamanya untuk menziarahi pusara arwah ibu dan bapa nya dan sedara mara yang lain.... walaupun anak-anak saya tak sempat berjumpa dengan tok dan tok wan mereka tapi mereka tetap seronok beraya dikampung dirumah peninggalan arwah bersama-sama sepupu mereka yang rata-rata dah besar panjang...apapun saya harap raya tahun hadapan akan memberi seribu erti buat keluarga kami....sekian...

Tiada ulasan: